Wednesday, 31 October 2012

Muhasabah Diri..

Assalamualaikum wahai umat Nabi Muhammad S.A.W...
Alhamdulilah hari ni perjalanan hidupku berjalan seperti biasa..
Namun seantero dunia dikejutkan dgn berita taufan Sandy yg melanda Amerika sehingga presiden Amerika Barack Obama terpaksa mengisytiharkan darurat di New York..
Sesungguhnya taufan ini datang tanpa sebarang isyarat..
Aku masih lagi ingat bagaimana tsunami melanda Jepun..
Hanya dalam sekelip mata negara yg begitu pesat membangun dan maju dari segala segi ranap dibawa arus tsunami..
Betapa besar kekuasaanMu Ya Allah..namun kenapa masih ramai yg terus lalai dengan keasyikan dunia yg hanya semantara ini??
Mari lah kita sama2 merenung diri wahai sahabatku..
Jangan kau alpa dengan keseronokan duniawi yg hanya sementara ini..
Amerika yg merupakan kuasa besar dunia juga boleh tumbang dek Taufan Sandy..
Malaysia??  Malaysia aman dan selamat?? Malaysia berada dalam zon luar bencana..
Siapa kata??
Jangan di cabar kuasaNya..
Jangan mengundang murkaNya..
Mungkin hari ini Malaysia aman tanpa sebarang bencana namun semuanya boleh berubah sekelip mata..Andai Allah mengkehendakinya berlaku maka hanya berkata "KUN" maka terjadilah ia..
Amerika dan Jepun yg mempunyai segala kemajuan dan begitu pesat membangun juga boleh ranap..
Apatah lagi Malaysia yg hanya seciput ini..
Ingat wahai sahabatku,,musibah dan ujian datang tanpa sebarang isyarat malah juga tanpa memilih rupa paras,,warna kulit mahupun pangkat dan darjat..
Aku menjadi takut melihat zina berleluasa malah maksiat juga dianggap sebagai perkara biasa..
Subhanallah kita seperti sudah jauh tersasar dari jalan yg sebenar-benarnya..
Minum arak dan berjudi juga menjadi aktiviti harian..
Ini semua seakan mencabar kuasaNya..
Jangan sampai Dia murka dan menurunkan bencana..
Tak kan detik itu baru kita ingin menyedari kehadiranNya dan terhegeh-hegeh ingin kembali kepadaNya..
Mungkin saat itu baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah..
Seringkali aku berinteraksi dgn diri sendiri dan merenung diri..
Dalam saban hari aku melakukan dosa demi dosa kepadaMu dan lalai dgn keasyikan dunia yg semntara..
Namun engkau tidak pernah berhenti memberi dan terus memberi kepadaKu tanpa henti..
Ya Allah sungguh aku malu kepadaMu..aku menerima dan terus menerima daripadaMu..
Malah aku juga meminta SyurgaMu..layakkah aku untuk meminta itu daripadaMu Ya Allah??
Betapa malunya aku kerana terus meminta dan meminta lagi dariMu..
Disaat di timpa ujian dan di timpa masalah aku memohon dan merayu kepadaMu..
Namun apabila berada di zon selesa aku alpa,,semua menjadi mudah dan dalam sekelip mata aku lupa padaMu dan Kau jadi seakan-akan asing untukku..
Subhanallah bodohNya diriku..Ampuni lah hambaMu yg kerdil ini Ya Allah.. 
Dari hari ke hari aku cuba membaiki diri..
Mencari sesuatu yg mungkin tercicir di sepanjang perjalananku menuju ke jalanMu Ya Allah..
Arus kemodenan dunia bergerak laju..selaju ombak tsunami yg menggila yg ingin menghempas ke bumi..Ya Allah jangan biarkan aku terus leka dengan hal dunia..kerna jika aku leka ombak itu akan menarikku ke dalamnya..dan aku akan mati sebelum mati..Ya Allah aku takut mati lemas dalam lautan dosa..
Disaat ini hujan menderu turun seakan memahami perasaan ku yg sedang muhasabah diri,,menyesali kealpaan diri dengan keasyikan duniawi..
Hujan,,derumu sungguh menenangkan..Ya Allah kau terimalah doa kami dan tenangkan lah hati kami  sepertimana tenangNya bunyi deruman hujan yg seakan-akan mengalunkan zikir padaMu..
Rasanya cukup sampai di sini sahaja perkongsian ku untuk malam ini..
Insyallah jika dipanjangkan umur bertemu lagi kita di lain coretan..
Andai aku pergi kala aku beradu malam ini,,ampunilah segala kesilapanku wahai sahabat..
Aku tidak tahu masih ada lagi kah esok untukku..
Kerna sesungguhnya MATI itu rahsia Allah..
Aku ampun dan maafkan kalian semua..
Assalamualikum dan selamat malam..

Salam sayang : Afiqah Tg Azelam..


 

Tuesday, 30 October 2012

First Time Writing Blog

Assalamualaikum ...
Ini merupakan coretan ku yang pertama di blog ..
Bagaimana hidupku hari ini, esok dan hari-hari seterusnya akan memenuhi ruang blog ini ...
Agak janggal rasanya sebab sebelum ni aku hanya aktif di twitter facebook and instagram je ...
Saat menulis coretan ini, takbir raya berkumandang sayup sayup di telinga ..
Hati ku menjadi sebak tiba-tiba dan air mata mulai bergenang ..
Kenapa dan mengapa??
Saat mendengar takbir raya, insan lain mungkin bersuka-ria bersama insan tersayang ..
Namun tidak bagiku .. Hanya linangan air mata yg mengiringi takbir raya ku pada malam ini ..
Saat ini yg terbayang di ruang mataku hanyalah wajah kedua ibu-bapa dan keluarga ku ..
Jujur ku akui yg aku terlalu merindui mereka yg berada nun jauh di Terengganu ..
Namun aku kuat kan semangat dan tabah kan hati .. Mungkin ini yg dinamakan "PENGORBANAN"..
Rasanya ini lah kali pertama aku beraya tanpa keluarga disisi ..
Rasanya cukup perit .. Ini membuatkan aku muhasabah diri ..
Bagaimana agaknya perasaan anak anak yang kehilangan ibu dan ayah di usia muda?
Bagaimana mereka menyesuaikan diri tanpa ibu dan ayah di sisi?
Bagaimana mereka menyambut kehadiran raya tanpa mereka disisi? bukan sekali raya tetapi pada setiap kali raya .. Allahukahbar!!! tidak sanggup rasanya ..
Sungguh ini menyedarkan aku betapa pentingnya ibu dan ayah ku di sisi ..
Betapa aku tidak mampu hidup tanpa mereka ..
Aku mohon padamu Ya Allah, jangan kau ambil mereka dariku ya Allah ..
Namun aku sedar yg mereka milikMu yg hakiki ..
Kau pinjamkan mereka untukku hanya seketika ..
Tapi aku tak mampu hidup tanpa mereka .. Mereka ialah jantung hatiku .. mereka nyawaku ..
Tanpa mereka aku akan rebah tersungkur ..
Sungguh saat itu aku rasa seperti ingin terbang pulang ke Terengganu ..
Memeluk dan mencium kedua ibu bapaku ..
Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku kedua ibu bapa yg tak pernah putus2 mendoakan kebahagianku dan menyayangi ku tanpa henti ..
Alhamdulilah Ya Allah .. aku menjadi malu kepadaMu ya Allah .. terlalu banyak engkau memberi kepadaku dan aku menerima tanpa rasa malu .. Subhanallah ..
Mak & ayah terima kasih kerana terus menyayangi anakmu ini ..
Janji ku hanya satu iaitu akan terus membahagiakan dirimu dan membuat mu tersenyum di sepanjang hidup mak dan ayah .. Insyallah ..
Buat insan yg sudah kehilangan kedua ibu bapa ,,jangan pernah berhenti mendoakan kesejahteraan mereka ..
Doakan mereka dan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran buat mereka .. Semoga mereka tenang di sana.
Pada mereka yg masih punya kedua ibu bapa, hargailah mereka selagi mereka masih ada ..
Kita tidak tahu bila mereka akan dijemput Ilahi ..
Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin juga minggu depan ..
Semua boleh berlaku dalam sekelip mata, sekilas pandang dan sedegup jantung ..
Mungkin jua tanpa sebarang isyarat ..
Andai saat itu tiba, tiada apa yg boleh kita lakukan lagi ..
Jadi sayangi lah mereka sepertimana kalian akan kehilangan mereka esok ..
Ini peringatan untuk diriku dan kalian semua ..
Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslim di dunia ..

Salam sayang : Afiqah Tg Azelam..