Friday, 21 June 2013

Menjadi tetamu Allah ...

Assalamualaikum ...
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan ...
Ye itu udara Jumaat .. nikmati lah .. alhamdulilah kita masih di beri peluang untuk menikmatinya ...
Bersyukur lah kita masih sempat .. masih di beri peluang untuk menikmati Jumaat ...
Jumaat penghulu segala hari , hari penciptaan , hari pembalasan .. Jumaat jangan pernah sia kan ..
Hari ni ada sedikit ruang waktu untukku mengupdate blog yg ku rasa sudah lama tidak ku jengah ..
Mungkin kekangan waktu yg membataskan aku untuk mengupdate blog ..
Lembaran kali ini aku ingin mencoret kan serba sedikit pengalaman aku sepanjang berada di Tanah Suci Mekah ..
Alhamdulilah syukur yg tak terhingga kerna baru-baru ini aku telah di pilih menjadi salah seorang tetamuNya..
Pertama kali menjejak kan kaki di bumi Madinah benar-benar buatku rasa tenang ..
Dapat ku rasa ketenangan yg tak pernah aku dapat di lain-lain tempat ..
Sesungguhnya dari Kota Madinah lah terpancar nya Islam ke seluruh pelosok dunia ..
Sebelum hijrah Nabi Muhammad S.A.W Madinah di kenali sebagai Yathrib ..
Aku tiba di airpot Madinah pada pukul 2 petang (waktu Madinah) ..
Turun je dari flight terasa bahang kepanasan bumi Madinah ..
Pabila ku toleh ke sekililing ,, padang pasir yg kering kontang menjadi halwa mata ku ..
Setelah melepasi pemeriksaan imigresen ,, kami di bawa ke hotel yg sudah di sediakan iaitu Hotel Madinah Hilton ..
Selepas hampir 20 min berada di dalam bas ,, baru lah aku dapat melihat bangunan di sekitar Kota Madinah ..
Dalam hati ini aku berdoa "Ya Allah sesungguhnya Tanah Haram ini adalah tempat nabi Mu ..Aku pohon padaMu jadikan lah bangunan-bangunan ini sebagai perisai bagi diriku dari api neraka" ..
Dari tingkap hotel terpampang di depan mataku Masjid Nabawi ..
Indah nya rumah mu ini Ya Allah ..
Pertama kali menginjakkan kaki ke Masjid Nabawi ,, hanya satu perkataan yg terluah dari mulutku iaitu Alhamdulilah ..
Keesokan harinya kami di bawa ke Raudhah (makam Rasullah ,, Saidina Umar & Saidina Abu Bakar) yg terletak di dalam Masjid Nabawi ..
Raudhah juga merupakan tempat paling mustajab berdoa ..
Kami terpaksa menunggu selama hampir 2 jam untuk masuk ke kawasan raudhah kerna terlalu ramai orang..
Pabila menginjak kan kaki di atas karpet hijau (kawasan Raudhah) air mata ku menitis perlahan di pipi tanpa di pinta ..
Rasa sedih ,, gembira ,, bersyukur dan sebagainya bergabung dalam hatiku ..
Dalam hati aku berdetik Ya Rasullah hari ni aku datang menziarahi Mu & sahabat mu Saidina Abu Bakar yg telah bersama-sama dengan mu di dalam Gua Thur dan sahabatmu Saidina Umar yg sentiasa bercakap benar sehingga di beri gelaran Al-Faruq (yg memisah kan antara benar dgn salah )
Kawasan rumah Rasullah dengan mimbar Rasullah adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga ..

Di bawah kubah hijau itu lah tempat makam Rasullah dan dua sahabatnya ..



Hari ketiga di Kota Madinah kami di bawa menziarahi Masjid Quba ,, perkuburan baqi ,, Bukit Uhud (terdapat kubur para syuhada) ,, Masjid Dua Kiblat ,, Masjid Tujuh dan ladang kurma ..
Perkuburan Baqi merupakan perkuburan utk penduduk Madinah dan sesiapa sahaja yg meninggal di madinah ..
Terdapat ramai para sahabat & isteri-isteri Rasullah yg di makam kan di sini ..

Perkuburan Baqi


Destinasi kedua kami ialah Masjid Quba iaitu masjid pertama yg di bina dalam Islam di mana ia di bina sebaik sahaja Rasullah tiba dari Mekah ketika penghijrahan baginda ..
Bersolat di masjid Quba pahala nya sama seperti pahala satu umrah ..



Seterusnya kami di bawa menziarahi Bukit Uhud ..
Di sini lah berlaku nya peperangan yg dahsyat yg di gelar sbg Perang Uhud ..
Ramai tentera islam yg terkorban dalam perang ini termasuk bapa saudara Rasullah iaitu Saidina Hamzah malah Rasullah juga turut tercedera dalam perang ini ..

Perkuburan tentera islam yg terkorban ketika perang uhud...



 Ketika perang ini lah Rasullah dan tentera Islam hampir kalah pabila mereka mengingkari arahan Rasullah supaya tidak meninggalkan bukit namun mereka meninggalkan bukit itu untuk mendapatkan harta rampasan perang yg di tinggalkan oleh musuh ..
Namun dengan pertolongan Allah dan dgn pimpinan yg kuat oleh Rasullah ,, akhirnya tentera Islam mencapai kejayaan ..
Kami juga di bawa menziarahi Masjid Dua Kiblat ..
Kekangan waktu menyebab kan kami hanya singgah sebentar sahaja di sini & hanya berada di luar masjid ..
Destinasi terakhir kami ialah ladang kurma ..
Di sini kami di saji kan dengan berpuluh ribu pohon kurma

Pelbagai jenis kurma yg di jual


Hari kelima merupakan hari terakhir aku di bumi Madinah ..
Sebelum bertolak ke Mekah Al-Mukarramah ,, aku sempat menziarahi makam Rasullah sekali lagi ..
Doa ku cuma satu "Ya Allah kau ampuni lah segala dosa ku dan kau panjang kan lah umur ku dan kau murah kan lah rezeki ku supaya aku dapat datang lagi ke bumi Madinah dan doaku ini bukan lah ziarah ku yg terakhir ke tempat mulia ini kerna aku ingin lagi berkunjung ke sini pada masa akan datang ..

Hari terakhir di bumi Madinah

Tepat jam 3 petang kami bertolak ke Mekah Al-Mukarammah ..
Semasa dalam perjalanan kami sempat singgah di Bir Ali untuk berniat ihram ..
6 jam berlalu aku akhirnya tiba di bumi Mekah ..
Selepas urusan check-in selesai ,, kami bersiap-siap untuk menyempurnakan ibadah umrah ..
Langkah kaki kanan ku hayun menjejak kan kaki buat pertama kali nya dalam Masjidil Haram ..

Masjidil Haram

Indah cantik terpegun aku melihat seni reka Masjidil Haram ..
Setelah beberapa langkah aku melangkah tetiba kaki ku terhenti melangkah ..
Mataku statik pada satu pandangan ..
Akhirnya aku dapat melihat Kaabah di hadapan mataku ..
Mata ku kedip-kedip kan beberapa kali ...
Ya aku memang tidak bermimpi ..
Subhanallah betapa besar kekuasaan Mu Ya Allah ..
Tanpa ku sedari ada linangan air mata yg mengalir laju di pipi ku ..
Aku memohon perlindungan dari Mu Ya Allah ...
Hamba mu ini datang menyahut panggilan Mu Ya Allah dgn membawa dosa yg banyak dan amalan-amalan yg buruk ..
Aku pohon kan kepada Mu belas kasihan kerna takut kan seksaan Mu ..
Terima lah daku dgn keluasan kemaafan Mu dan masukkan aku ke dalam syurga Mu ..
Sesungguhnya rumah ini rumah Mu Ya Allah ..
Tempat ini tempat orang berlindung dengan Mu dari api neraka maka haram kan lah daging dan kulit kami dari neraka ..

Tawaf mengelilingi Baitullah 7 keliling ..

Selesai sahaja bertawaf kami terus di bawa ke tempat bersaie ..
Bersaie ialah berjalan kaki dari bukit safa ke bukit marwah ..
Ianya di lakukan supaya kita dapat merasai keperitan yg di alami oleh Siti Hajar yg berjalan kaki ulang-alik untuk dari Bukit Safa ke Marwah untuk mencari air buat putera nya Nabi Ismail ..
Setelah selesai bersaie kami kemudian melakukan rukun umrah yg terakhir iaitu bertahlul ..
Alhamdulilah selesai satu ibadah umrah ku ..
Pada hari ketiga di bumi Mekah ,, kami di bawa menziarahi Jabal Rahmah ,, mina ,, Arafah ,, Muzdalifah ,, Gua Thur ,, Gua Hira` ...
Destinasi kami yg pertama ialah Gua Thur ..


Gua Thur

Di gua ini lah di mana Rasullah bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan diri daripada orang-orang Quraisy yg ingin menangkap dan membunuh baginda ..
Kami kemudian di bawa ke Jabal Rahmah ..
Jabal Rahmah merupakan tempat di mana Nabi Adam bertemu kembali dengan isterinya Hawa setelah terpisah apabila mereka dikeluarkan dari syurga kerana mengingkari perintah Allah supaya tidak memakan buah khuldi ..


Jabal Rahmah



Kerna itu ramai yg berdoa di sini supaya dipertemukan dgn jodoh yg baik dan di permudahkan dalam urusan jodoh ..
Kami kemudian di bawa melawat ke Mina (tempat melontar ketika musim haji) ,,Arafah (tempat jemaah haji berkumpul pada 9zulhijjah stiap tahun utk berwukuf) dan Muzdalifah (tempat jemaah haji bermalam pada malam 10 zulhijjah) ..

Mina

Destinasi kami yg terakhir ialah Gua Hira` ..
Di gua ini lah Rasullah sering bersendirian dan menjauhkan diri dari kemungkaran kaumnya ..

Gua Hira`

Beberapa hari kemudian kami di bawa menziarahi Museum General Residency For The Affairs Of Masjidil Haram and Masjid Al-Nabawi ..

General Presidency For The Affairs Of Masjidil Al-Haram and Masjidil Al-Nabawi

Di dalam museum ini lah terpapar pelbagai sejarah Masjidil Al-Haram dan Masjidil Al-Nabawi ..
Aku juga berkesempatan melawat ladang unta ..

Masjid Hudaibiyah merupakan destinasi terakhir kami hari ini ..
Hari terakhir di bumi Mekah adalah hari yg sangat menyedihkan ..
Sebelum pulang kami melakukan ibadah kami yg terakhir iaitu tawaf wida ..

Hanya Allah yg tahu betapa berat kaki ku untuk melangkah pulang ke tanah air ..
Sekali lagi air mata ku mengalir perlahan di pipi ..
Rasa sedih yg amat sangat ..
Dalam hati aku berdoa agar ini bukan lah ziarah ku yg terakhir ke Mekah ..
Ya Allah yg Maha Pemurah kembali kan lah daku ke Baitullah berulang kali dengan bertaubat dan beribadat kepada Mu ..
Aku berharap dapat menjejak kan lagi ke bumi Mekah yg penuh barakah ini ..
Selamat Tinggal Mekah Al-Mukarammah ..
Insyallah suatu hari nanti aku pasti kembali dgn izin Mu Ya Allah ..


Akhirnya dgn langkah yg berat aku melangkah jua untuk menaiki bas menuju ke Airpot Jeddah untuk pulang ke tanah air ..

Zam Zam Tower (menara jam)

Kami selamat tiba di bumi Malaysia pada hari Jumaat iaitu 07/06/13 ..
Sesungguhnya ini adalah pengalaman yg paling berharga dalam hidupku ..
Ini juga merupakan percutian ku yg paling menyeronokkan ..
Tiada apa yg ku pinta selain semoga segala ibadah ku di terima ..
Dan semoga aku senantiasa berada di bawah rahmat Nya dan di beri kekuatan menghadapi kehidupan yg mendatang ..
Terima kasih yg tak terhingga buat kedua ibu bapa ku yg sudi belanja aku dan adik menunaikan ibadah umrah ..
Setelah hampir 2 minggu meninggalkan bumi Mekah ,, jujur ku kata kan yg aku sangat merindui Mekah..
Aku merindui Baitullah malah aku juga merindui Kota Madinah yg tenang ..


Rasa nya cukup sampai di sini sahaja perkongsian ku untuk kali ini ..
Maaf andai aku ada tersalah kata kerna sesungguhnya aku hanya lah hamba Allah yg khilaf ..
Assalamualaikum ..

Salam sayang : Afiqah tg Azelam ...