Assalamualaikum...
Alhamdulilah masih mampu bernafas dan menghirup udara segar yang dipinjamkan oleh Allah...
Dalam sedar tak sedar hari ini genap 14 hari arwah atuk pergi meninggalkan aku...
Its mean dah 2 minggu atuk pulang pada sang PenciptaNya...
Tapi rinduku pada atuk seperti sudah 2 bulan kami tidak berjumpa...
Bila di kenang, semuanya seperti mimpi ngeri...
Bila aku terjaga dari tidur, aku mengharapkan apa yang terjadi ini hanya mimpi...
Ujian demi ujian buat aku rebah...
Rebah tersungkur menyembah bumi...
Kehilangan atuk merentap seluruh jiwa dan semangatku...
Aku rebah tak terdaya...
Duniaku seakan gelap seketika... Kaki lemah tidak berdaya... Air mata seakan tidak henti mengalir... Semangat dan kekuatanku seakan terkubur sekali bersama atuk...
Ye aku masih ingat setibanya aku di rumah atuk pada pagi Jumaat yang hening itu, aku hanya mampu melihat sekujur tubuh yang terbaring kaku...
Tubuh yang sudah dibaluti kain kafan putih...
Ye tubuh insan yang telah menjagaku, memanjakan aku, memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi padaku pabila mak dan ayah tiada di sisi...
Aku rebah dengan linangan air mata yang tidak henti...
Aku menangis di bahu abang...
Dalam hati aku menjerit "atuk kenapa pergi tinggalkan akak sendiri?"
Saat itu aku terasa seperti ditinggalkan di tengah lautan yang luas... Terkapai-kapai dibadai ombak yang mengganas...
Atuk pergimu memberi tamparan yang hebat buatku...
Kehilangan atuk seperti menjerut separuh dari nyawaku...
Dahinya ku kucup buat kali terakhir... Tidak berkelip dan tidak tertoleh mataku dari memandang setiap inci wajah atuk...
Kerna aku tahu itu adalah kali terakhir aku dapat melihat wajah insan yang aku sayangi...
Saat atuk diletakkan di dalam keranda, aku lihat genangan air mata Wan...
Sekali lagi air mataku menitis laju... Aku mengerti akan rasa hatinya... KEHILANGAN...
Ye aku juga merasakan itu... Apatah lagi tika mendengar rintihan wan.. "Atuk dah tinggalkan wan sendiri.."
Tiada kata lagi yang mampu terucap, hanya linangan air mata yang mengalir laju mebasahi pipi...
Ya Allah beri Wan ketabahan dalam mengharungi ujianMu ini... Aku tahu dia lemah... Beri dia kekuatan Ya Allah...
Aku pejam mata serapat-rapatnya sewaktu atuk di angkat untuk dimasukkan ke dalam liang lahad...
Aku tidak sanggup melihat detik itu... Malah tika itu aku masih mengharapkan yang pabila aku buka kembali mataku, atuk berdiri di sebelah aku dan menyedarkan aku dari mimpi ngeri ini...
Namun semuanya sudah tersurat...
Telah tiba saat untuk atuk pergi tinggalkan aku kerna aku tahu Yang Maha Esa telah menetapkan...
Bila tiba masa untuk kita pergi bermakna kita harus pergi...
Namun sedih rasa hati tidak dapat dibendung pabila mengenangkan atuk tiada lagi di sisi...
Namun apakan daya sudah ditakdirkan atuk pergi dulu menghadap Ilahi walaupun di saat aku masih memerlukan atuk di sisi... Memerlukan kekuatan atuk untuk terus melangkah...
Sewaktu menyiram makam atuk, air mata ku tidak henti-henti mengalir...
Cuaca tika itu mendung... Seakan memahami gelodak hatiku...
Seakan turut berkongsi kesedihan denganku...
Saat melangkah keluar dari tanah perkuburan kaki seakan longlai...
Seakan tidak kuat lagi untuk terus melangkah...
Aku toleh sekali lagi ke arah makam atuk...
Percaya atau tidak, itu lah realiti yang aku harus tempuh... Atuk sudah pergi meninggalkan aku...
Pada hari Jumaat yang damai dan tenang iaitu 14 Februari 2014 bersemadilah seorang hamba Allah yang sangat aku sayangi dan cintai iaitu Tengku Abdullah bin Tengku Ngah...
Sedih rasa hati ini bila mengenangkan atuk tiada lagi...
Bagaikan baru semalam atuk bersama dengan kami...
Semoga atuk di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Setiap tawaku tersembunyi duka yang hanya Allah yang tahu...
Kerna semua duka itu aku ingin simpan dalam-dalam... Biar insan di sekelilingku hanya melihat tawaku buka deraian air mataku...
Biarlah duka itu aku pendam sendiri...
Aku mesti terus melangkah meredah jalan bersimpang-siur sebuah kehidupan...
Dan untuk meredah jalan itu aku perlu kuat...
Ye aku perlu kuat walau atuk tiada lagi di sisi... Kerna perjalanan ku masih jauh beribu batu...
Aku tahu hidup perlu diteruskan selagi roh masih di jasad... Namun jujur ku katakan semua itu tak mudah...
Atuk adalah insan yang paling rapat denganku...
Sejak kecil aku tinggal dengan atuk...
Pada hari pertama aku di tadika, atuk yang menghantarku...
Atuk yang menantiku di muka pintu tadika pada minggu pertama persekolahan...
Atuk tidak pernah mengeluh... Dia melayan setiap ragamku...
Setiap kali aku merengek hendak pulang, atuk mesti pujuk "Puteri atuk kena masuk kelas, nanti baru pandai dan cantik.."
Aku terus tersenyumm...
Bila aku menginjak masuk ke tahun satu, atuk juga lah yang berdiri di luar pintu kelas menemani aku...
Meniupkan semangat untuk aku masuk kelas...
Setiap setengah jam atuk datang dan jenguk di tingkap kelas sambil tersenyum manis padaku...
Melihat wajah atuk, buat aku kembali bersemangat di dalam kelas...
Hampir seminggu atuk menunggu aku di muka pintu kelas...
Seminggu juga atuk bercuti semata-mata untuk menemani aku di sekolah...
Setelah seminggu, aku dah mula menyesuaikan diri dengan rakan-rakan sekelas...
Namun atuk masih menghantar aku ke sekolah pada setiap pagi...
Cuma atuk tidak menunggu aku di muka pintu kelas seperti minggu pertama persekolahan...
Dia memimpin tangan aku melintas jalan...
Menggalas beg sekolah aku dan adakalanya menggendong aku apabila melihat aku kepenatan berjalan...
Atuk juga yang datang pada tiap kali waktu rehatku hanya semata-mata untuk menghantar bekalan makanan dan menemani aku makan...
Atuk juga tidak pernah gagal untuk menjemput aku di sekolah pada setiap hari...
30 minit atau 1jam sebelum waktu persekolahan tamat, atuk sudah menantiku di hadapan pintu kelas...
Melangkah keluar je dari kelas, aku sudah melihat atuk menantiku dengan senyumannya...
Rakan-rakan yang lain semua dijemput oleh ibu bapa mereka menaiki kereta...
Tapi aku tidak pernah sedih dan malu pabila hanya dijemput oleh seorang atuk...
Kerna aku tahu kasih dan sayangnya buat diriku, tidak pernah berkurangan...
Setiap malam atuk akan mendodoikan aku... Atuk tidak akan tidur selagi aku tak tidur...
Atuk juga menemani aku menyiapkan kerja sekolah walaupun atuk tidak dapat membantu jika ada soalan yang aku tidak faham dan tidak dapat jawab...
Namun ditemani atuk sudah memadai...
Aku dilayan bagaikan puteri raja... Setiap kemahuan ku pasti dituruti...
Pantang aku sebut nak makan apa, atuk pasti masakkan atau belikan...
Atuk sentiasa memanjakan aku sejak aku kecil hingga kini aku sudah meningkat dewasa...
Aku tinggal berasingan dengan atuk tika aku di usia 10 tahun kerana aku berpindah rumah...
Atuk juga tidak lagi menghantar aku ke sekolah seperti selalu kerana aku berpindah sekolah dan bersekolah satu sekolah dengan ma aku...
Seminggu aku demam kerana rindukan atuk...
Mungkin kerana terbiasaa dengan atuk di sisi membuatkan aku begitu rindukan dirinya...
Atuk tidak pernah jemu menasihatiku dan atuk juga lah insan yang mendorong aku untuk terus menyambung pengajian...
Kata-kata semangat atuk membuatkan aku masih di sini meneruskan pengajian...
Namun kini atuk tiada lagi... Atuk pergi meninggalkan aku di saat aku belum bersedia untuk kehilangan atuk dan di saat aku masih memerlukan atuk di sisi...
Malah atuk meninggalkan aku bukan untuk sehari dua tapi untuk selama-lamanya...
Bukan mudah untuk aku terus menjalani sisa kehidupan ini dengan kenyataan yang atuk tiada lagi di sisi...
Namun aku tahu Allah lebih menyayangi atuk... Jadi aku pasrah dengan ketentuan yang sudah tersurat ini...
Atuk pergimu tiada ganti...
Atuk adalah insan terhebat yang pernah aku kenali...
Semangat dan kekentalan jiwanya membuatkan aku kagum...
Atuk pernah berkata padaku "Nanti kalau atuk nak meninggal, atuk tak nak susahkan sesiapa."
Ye Allah telah memakbulkan permintaan atuk...
Atuk meninggal tika dalam tidur... Meninggal di rumah yang telah banyak menyimpan kenangan manis buat dirinya...
Meninggal juga pada malam Jumaat...
Alhamdulilah aku bersyukur kerna engkau telah mempermudahkan segala urusan nya Ya Allah...
Namun entah kenapa begitu sukar untuk aku terima pemergiaan atuk...
Apatah lagi apabila memikirkan selepas ini tiada lagi pelukan manja dari atuk mahupun kata-kata semangat buat diriku sebelum pulang ke Ipoh...
Tiada lagi insan yang akan memanjakan aku bak puteri raja...
Tiada lagi lempeng sedap buatan atuk...
Tiada lagi gurau senda atuk...
Tiadalagi senyum tawa atuk...
Tiada lagi insan yang akan menemani aku ke bazar Ramadhan seperti selalu...
Terlalu banyak kenangan aku bersama atukk...
Setiap kenangan bersama atuk menggamit rasa rindu yang begitu mendalam...
Luhur budimu, tulus ikhlas mu tidak akan ada pengganti...
Senyum tawamu serta usikan manja mu akan terus diingati...
Segala memori indah bersama atuk akan terus bersemadi...
Words cant describe how much you`ll be missed...
Kerna sesungguhnya aku akan terus merindui dirimu atuk...
I love you very much atuk but I know Allah loves you more...
Even you`re not here with me anymore but your love, your smiles, your laugh, your caring will always be with me for entire of my life...
Hanya doa yang mampu aku panjatkan buat atuk...
Moga atuk terus tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman...
Insyallah aku akan menyusul atuk kelak...
Salam Sayang : Afiqah Tg Azelam