Sunday, 31 March 2013

SPM

Dalam sunyi malam tika semua sedang beradu,, mataku masih lagi segar...
Seakan-akan tidak mahu terlelap..
Malam tanpa lelap,, tenaga habis di serap namun semangat seakan-akan belum malap...
Biar luka semalam masih belum sembuh,, aku harus bangun hari ini dengan semangat yg lebih utuh...
Hari ini hari baru..semalam sudah berlalu dan biarkan ia berlalu...
Harapnya kisah semalam di jadikan teladan untuk menggapai sesuatu yg lebih baik pada masa hadapan...
Tuhan hanya Kau yg mampu memberi ku kekuatan...
Sungguh jika bukan kernaMu,, sudah lama aku tidak bangun pada tiap tika aku jatuh tersungkur...
Bukan sekali ,, bukan 10 kali tetapi berkali-kali...
Jangan pernah tinggalkan aku sendiri kerna pergantunganku ,, hidup matiku hanya untukMu...
Ya Allah beriku kekuatan...
Aku mahu jadi hamba Mu yg kuat..
Yang mampi menangkis segala bentuk halangan yg datang dari segenap penjuru...
Bantu aku Ya Allah kerna hanya Kau yg mampu buatku rasa mampu...
Setiap yg berlaku DIA titipkan hikmah...
Jika kamu sesat dan buntu dalam mencari hala tuju,, lihat ke mana nafsu ingin membawa mu...
Dan pilih jalan yg berlawanan...
Namun aku tahu sukar untuk melakukan nya...
Sukar jua untuk melakukan perubahan kerna orang-orang persekitaran...
Takpe itu semua ujian...
Ada hadiah yg menanti mu di hujung jalan...
Aku tahu ramai yg takut untuk menerima kebenaran...
Dek kerana terlalu biasa dengan dosa dan kesilapan,, kita takut untuk tahu kebenaran dan melakukan perubahan...
Itu yg terjadi kini...
Bukan cuma kalian tapi aku turut merasa perasaan yg sama...
Untuk meraih sesuatu yg indah,, kita perlu bersabar dengan apa yg kita benci seketika...
Insyallah sesuatu yg indah kelak akan menanti kita di sana...
Jika benar kau ikhlas dalam mencari jawapan pada soalan kehidupan...
Di penghujung jalan kau pasti akan jumpa TUHAN...
Allah Itu Maha Adil...
Kau mampu menipu satu dunia dengan sketsa jenaka kau...
Tapi Allah itu tidak buta dan tidak tuli..
Dia maha melihat dan maha mendengar...
Aku dan kamu semua CARI cinta dan semua MAHU bahagia...
Tetapi semua LUPA siapa yg memberi dua-dua itu...
Jangan salahkan sesiapa andai kau tidak bertemu dua itu...
Kerna jika kau INGAT dia kau akan jumpa dua itu...
Di kesempatan ini aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua adik-adik yg mendapat result cemerlang dalam SPM...
Buat yg tercicir ini saatnya untuk mengutip kembali apa yg dah tercicir...
Adik-adik yg kurang berjaya jangan putus asa..
Percayalah terlalu ramai yg berjaya hari ini pernah gagal dalam SPM mereka...
SPM hanya langkah pertama...
Jika rebah ,, bangun segera...
Perkemaskan langkah kedua dan seterusnya...
Insyallah Ya Rob bantu!!!
Yang berjaya jangan mengecilkan yg kurang berjaya kerna sikapmu itu akan memakan diri sendiri...
Kita harus ingat hidup ini ibarat putaran roda...
Ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah...
Jangan riak kerna rezeki itu datang dari Allah...
By the way welcoming to tertiary education and working life...
Its not the end and life must go on...
Its time to step it up...
Happy growing up!!!
Masih terngiang-ngiang kata-kata ma aku suatu masa dahulu...
" Kejayaan di dunia tidak mampu membawa kamu ke mana-mana jika tidak bertunjangkan ilmu agama...
Ma tidak cukup bangga bila kamu mendapat no satu di dunia tetapi di akhirat sana kamu terkebelakang dan mundur...
Agama jadikan tunjang utama...
Yg lain-lain Insyallah Allah akan bantu... "
Kejar ilmu dunia setinggi yang mampu namun dalam masa yg sama ilmu agama juga mesti utuh dan jitu...
Ingat biar setinggi mana pun kelulusanmu di dunia...
Tetapi jika ilmu agama dan amalan Mu fail di sana,, tempatmu hanya satu...
Aku yakin kamu sendiri tahu di mana!!!
Rasanya itu sahaja tinta ku kali ini...
Kantung mata mula memberat...
Larian jari-jemari di keypad juga kian perlahan...
Kudrat juga kian berkurang...
Selamat Malam semua...

Salam sayang : Afiqah Tg Azelam...








No comments:

Post a Comment