Friday, 2 November 2012

..CiNta..

Assalamualaikum..
Alhamdulilah today my life goes very well..i`m happy with my life even sometimes i`m feel so tired and tension..
Saat menulis coretan ini,, aku buntu sebenarnya..
I dont know what to writes and i dont know what to share with uollsss..
hurmmmmmmmm...lets me think for a while..
Ok i got the idea now..
Lets talk about "LOVE"
Actually one of my friends comes and ask me about couple..
"Fiqah kau pernah couple tak"
Then i said never..
then they show very awkward face to me!!!
I dont know why!!!
Is it I`m looks so weird if i`m say i`m never couple..
Cinta???
Hurmmm sebenarnya aku sudah hampir lupa bagaimana rasanya cinta pada manusia.. 
kecuali pada ibu dan keluargaku selepas cinta pada Penciptaku..
Tuhan simpankan dulu rasa cinta itu..
Kerna aku hanya ingin mencintai sang Adam yg akan menjadi imamku..
Yang dapat memimpin tanganku berjalan di atas karpet merah menuju ke syurgaMu..
Sunyi???
Ya kadang kala perasaan itu datang jua.. 
Apatah lagi melihat teman sebilik bahagia bersama pasangan masing2..
Namun perasaan itu datang dan pergi begitu sahaja..
Aku tidak takut untuk rasa sunyi tanpa pakwe di sisi..
Tapi aku takut untuk rasa sunyi tanpa DIA di sisi..
Aku sentiasa pohon padaNya agar sentiasa ada bersamaku..
Dan tidak meninggalkan aku sendirian dengan diri sendiri yg pantas leka walau dalam sesaat cuma..
Aku ingin terus mencintaiMU..
Maafkan lah aku YA Allah andai hatiku tak sempurna mencintaiMu..
Tapi dalam hati aku selalu berharap hanya diriMu yang bertakhta
Aku ingin kau terus menjadi yg pertama di dalam hatiku..
Supaya aku terus hidup dalam rahmat dan redhaMu
Hidup dalam kedamaian yg tak terbatas..
Aku takut untuk jatuh cinta pada manusia sebelum tiba masanya..
Aku ingin benar-benar jatuh cinta pabila dia sudah HALAL untukku dan aku sudah HALAL untuknya..
Kerna janjiNya,, sesuatu yg halal itu pasti mendamaikan jiwa..
Tuhan,, jodohkan lah aku dengan seseorang yang mampu mendamaikan jiwa ku tika gundah-gulana..
Yang mampu membimbing aku di saat aku tersasar dari jalanMu..
Yang dapat menyayangiku dan menjagaku..
Yang mampu menjadi imam untuk aku dan anak ku kelak..
Dan yang paling penting dia mencintaiku kerna Mu ya Allah..
Aminnnnnn!!!!!!!
Aku tidak kisah jika di gelar kolot oleh teman-temanku..
Kerna aku lebih takut andai hatiku terluka..
Aku takut hatiku di tikam berkali-kali..
Dan sebelum sempat ianya sembuh hatiku ditikam lagi..
Iye..aku sangat takut untuk melalui saat dan detik itu..
Jadi biarlah aku sendiri dahulu..
Kerna aku bahagia dengan status yg ku pegang sekarang..
Kadang-kala aku termenung sendiri..
Bermonolog dengan hatiku dan bertanya pada diriku..
"Apa ada pada cinta??"
"Apa hebatnya jika ada pakwe dan makwe??" 
Sehingga semua orang begitu taksub mengejar cinta manusia..
Yang pasti akan mengecewakan kita kelak..
Sehingga cintaMu kekal utuh tidak tersentuh..
Sedangkan cinta padaMu adalah cinta yg hakiki..
Yang tidak akan pernah menyakiti hati walau seinci
Dan yg tidak akan mengecewakan walau sekali..
Allahuakhbar!!!
Sama-samalah kita buka hati kita untuk menyentuh cintaNya dahulu sebelum mencari cinta lain..
Kerna dari situ kau akan tahu apa erti sebenarnya CINTA...
Aku yakin yg JODOH untukku sudah di tetapkan sejak azali lagi..
Bila sampai detiknya,, aku akan bertemu jua dengan sang pemilik kunci hatiku yg sebenar-benarnya..
Aku hanya berpegang pada satu falsafah..
Jika dia yg tercipta untukku,, sejauh mana pun aku melangkah,,
Biar apa halangan sekalipun dan biarpun beribu tentangan,,
Aku akan dipertemukan jua dengan dia..
Andai bukan dia yg tercipta untukku,,
Biar 1001 cara aku uasahakan untuk dapatkan dia dan berjanji untuk sehidup semati,,
Tapi semua itu aku akan menjadi sia-sia..
Kerna aku bukan pelengkap tulang rusuk kiri nya.. 
Jadi tidak perlu terlalu taksub untuk mencari siapa jodoh kita..
Kerna di penghujung pencarian itu nanti kau akan sedar yg Allah adalah tempat sebenar-benar pergantungan..
Jadi tingkat kan lah iman dan taqwa pada Nya..
Sesungguhnya hanya DIA yg tahu apa yg sebenarnya terbaik untuk kita..
Aku ingin jadi seperti pokok semalu..
Ianya tidak berbau wangi dan tak menarik hati pabila di pandang..
Kerna indahnya cukup tersembunyi..
Di luarnya juga ada duri yg menjadi pelindung untuk kita mempertahankan maruah sbg muslimah..
Rasanya itu sahaja coretan ku untuk kali ini..
Yang baik dijadikan teladan dan yg jahat di jadikan sempadan..
Sekian..

Salam sayang : Afiqah Tg Azelam.. 



 
 

No comments:

Post a Comment