Alhamdulilah hari ini aku masih lagi bernyawa dengan nyawa yg dipinjamkan oleh Nya dan entah bila akan dikembalikan...
Aku bersyukur kerna pada hari ini aku berkesempatan menyambut tahun baru bersama keluargaku...
Kami sama-sama berkumpul di rumah nenekku dan sama-sama membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun..
Pada tahun ini doa telah di baca oleh adikku sendiri atas permintaanya..
Sebak hati kami pabila dia meminta untuk membaca kan doa itu...
Sungguh aku cukup kagum dengan adikku...
Malah aku juga sangat berbangga dengan adikku...
Semoga kelak dia akan menjadi anak yg soleh dan yg akan mengimamkan solat kami..
Seusai tamat nya perjumpaan keluarga,,aku berangkat pulang..
Sunyi...
Itu yg ku rasa kan..
Aku dongak ke langit dan merenung kekuasaanMu..
Tetiba satu keluhan keluar dari mulutku..
Astagfirullahalazim...
Aku beristighfar dalam hati..
Dalam tiap hela nafas dan degup jantung seharusnya aku bersyukur bukan mengeluh..
Kerna setiap ujian pasti terselit 1001 hikmah..
Aku bersandar di buaian yg tergantung di ruang beranda rumahku..
Aku teringat akan akhbar yg ku baca siang tadi..
Palestin Di Serang Lagi...
Sebenarnya isu Palestin ini sudah lama..
Bukan baru hari ini tetapi sudah bertahun-tahun lamanya...
Namun sampai ke hari ini belum ada mana-mana negara Islam yg bergabung dan bersatu untuk membebaskan Palestin dari kekuasaan Yahudi Laknatuallah...
Mereka ada bom,,ada senjata cangih,, ada jet pejuang and blablabla...
Tapi kita tidak sedar yg kita ada senjata yg lebih canggih dari mereka iaitu DOA...
Ayuh lah kita sama-sama berdoa untuk mereka yg seagama dengan kita..
Yang hidup dalam ketakutan dan kekalutan..
Aku kagum dengan semangat mereka...
Mereka tidak pernah menyerah kalah...
Solat mereka tetap jua terjaga walaupun mereka dalam porak-peranda,, mayat bergelimpangan sana sini...
Kita aman dan damai???
Namun kenapa kita masih meninggalkan solat dan masih menganggap solat sbg sesuatu yg remeh..
Suara lantangmu membela Palestin dan mencerca Zionis..
Tapi padaku ianya hanya sia-sia andai kau tidak bersolat...
![]() |
| Mereka berjuang untuk mendapat kebebasan... |
![]() |
| Palestin hancur di bedil Zionis.. |
![]() |
| Kejam... |
![]() |
| Kawasan sekitar yg hancur... |
![]() |
| Kaum wanita yg lemah menjadi sasaran... |
![]() |
| Kanak-kanak yg kehilangan ahli keluarga.. |
![]() |
| Yang tinggal hanya sisa runtuhan.. |
![]() |
| Kanak yg tidak berdosa menjadi mangsa.. |
![]() |
| Semoga nasibmu akan terbela kelak... |
![]() |
| Bebaskan Palestin... |
Kanak-kanak dan wanita menjadi tumpuan yahudi untuk dibunuh..
Ianya seperti kembali ke zaman Jahiliah dahulu di mana kanak-kanak dan golongan wanita menjadi mangsa korban..
Mungkin ini lah petanda yg kita sudah benar-benar berada di akhir zaman..
Bila mengingatkan itu,,hatiku merintih hiba..
Sudah bersediakah aku untuk menghadap Penciptaku???
Sudah cukupkah amalan dan bekalan untuk aku bawa ke sana dan persembahkan kepada sang Penciptaku???
Dosaku bertimbun-timbun tidak terkira dari lahir sehingga ke hari ini...
Dan aku masih lagi menambah dosa waktu demi waktu tanpa aku sedar mahupun sedar...
Ya Allah ampunilah hambaMu ini..
Satu lagi gambar yg ingin ku kongsikan bersama kalian...
![]() |
| Kredit photo to @yanasamsudin dan @ajiboy7 |
Aku menjadi geram,,marah kecewa dan sayu..
Mereka sanggup beratur panjang untuk mendapatkan burger McD percuma..
Mereka ibarat sedang membedil saudara seagama mereka di Palestin..
Di mana hati mereka??
Mungkin pada kita zionis sangat kejam..
Tetapi pada ku mereka lagi kejam...
Mereka membunuh saudara mereka sendiri...
Allahuakhbar!!!!
Aku sendiri tertanya-tanya...
Mereka ini tidak tahu mengenai isu Palestin atau sengaja pekak kan telinga hanya kerana Burger Free..
Sedarlah wahai sahabatku...
Jangan terus terlalai..Sayangilah saudara seagama kita..
Sesungguhnya setiap darah yg mengalir dalam nadi mereka adalah darah yg sama mengalir dalam nadi kita..
Kita patut merasakan rasa sakit yg sedang mereka rasakan..
Mungkin kita tidak mampu ke sana untuk membantu mereka...
Tapi kita boleh hulurkan bantuan kepada mereka dengan menderma..
Jika beli burger McD kita mampu,,jadi di saat menderma jangan kita berkira-kira...
Hulurlah mengikut kemampuan..Tak kira lah berapa pun yg penting ikhlas...
DOA...
Itu senjata umat Islam yg paling kuat...
Sama-samalah kita berdoa untuk rakyat Palestin di sana..
Mereka sangat memerlukan doa dari kita selain duit dan harta..
Palestin pada tiap darah syahid yg mengalir,,lahirnya kekuatan dan semangat yg luar biasa..
Janji DIA setiap kejahatan ada pembalasannya...
Sabar!!!
Rasanya sampai di sini sahaja tulisan ku kali ini..
Bertemu lagi di lain entri..
Buat yg membaca nyata kamu masih bernyawa..
Masih di hidupkan untuk sementara jadi jangan sia-siakan masa yg bersisa...
Siapa tahu esok kita tiada..
Sekian..Assalamualaikum..
Salam sayang : Afiqah Tg Azelam...


















No comments:
Post a Comment